Monday, March 16, 2009

KEMBALI

setelah sekian lama menyepi (macam la ada yang kesah), kami kembali beraksi. tapi mungkin kurang semangat. kami penat memerah otak setiap saat. bermandikan homeworks setiap hari. dihujani reports setiap minggu. dibanjiri pelbagai program setiap bulan. tapi kami tabah, tak tipu. sebab kami tahu ini semua adalah kali terakhir kami akan merasakan susah dan senang bersama rakan-rakan. dan yang paling penting, ini semua kami lakukan demi masa akan datang.

cuti sekolah untuk kali ini saja yang tidak memerlukan kami untuk bergerak ke sekolah. kerja rumah pun tidak lah begitu membebankan berbanding cuti-cuti yang sebelum ini. cikgu kata, cuti semester ini saja yang kamu boleh rehat betul-betul. cuti-cuti akan datang jangan harap!

ok, kami patuh saja :D

tapi pandai-pandai la bahagi masa antara rehat dan belajar kan? kalau cuti yang boleh rehat ni pun dah banyak merungut, cuti-cuti nanti yang tak boleh rehat tu macam mana la agaknya.

Allah tak akan meletakkan sesuatu di luar kemampuan seseorang, jadi jangan lah berputus asa.

fetmeh dah pulang. ada ke yang rindu dia? hehe

0 comments:

 
template by suckmylolly.com